PROFIL KORPORAT

Roza Nature Adventure & Enterprise (selepas ini disebut sebagai ROZA) secara rasminya telah didaftarkan pada 08 Jun 2001 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197), Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran JM0336847-M, jenis perniagaan perkongsian yang beralamat di No 81, Jalan Taman Kamunting Maju, Taman Medan Saujana, 34600 Kamunting, Perak.

Perniagaan utama ROZA ialah menyediakan perkhidmatan konsultasi dan pengendalian  bagi program motivasi dan latihan berteraskan rekreasi luar. ROZA menjalankan perniagaan secara mobile as per request atau bergerak mengikut kehendak pelanggan iaitu kami boleh menjalankan perkhidmatan konsultasi dan pengendalian  bagi program motivasi dan latihan berteraskan rekreasi luar di mana sahaja (seluruh pelosok Malaysia) : tidak terikat pada satu-satu tempat/tapak kem.

Rangkaian perniagaan ROZA bukan sahaja terhad kepada murid sekolah, pelajar IPTS mahupun IPTA, namun turut menyediakan perkhidmatan kepada para guru, tenaga pengajar, para pensyarah, kakitangan kerajaan atau swasta, dan sebagainya. Penglibatan ROZA yang menjangkau masa lebih dari 10 tahun membolehkan kami memahami setiap keperluan dan permintaan pelanggan dalam bidang pengendalian program motivasi dan latihan berteraskan rekreasi luar untuk masa kini dan di masa akan datang. Fokus syarikat ini menjurus kepada usaha mempelbagaikan aktiviti rekreasi luar serta meningkatkan tahap keberkesanan dan kepuasan pelanggan terhadap bidang yang jarang dikuasai kepakarannya oleh masyarakat biasa.

MISI
Menawarkan perkhidmatan konsultasi dan pengendalian program motivasi dan latihan berteraskan rekreasi luar yang berkualiti untuk menggilap kemahiran insaniah seseorang individu melalui 4 elemen iaitu yakin diri, kepimpinan, team building dan ikhtiar hidup.


VISI
Menjadi sebuah syarikat pilihan utama pelanggan kerana berkualiti dan berprestasi cemerlang dalam mengendalikan program motivasi dan latihan berteraskan rekreasi luar.