PAKEJ JURULATIH KE LOKASI ANDA

Pakej ini diwujudkan bagi membantu anda mendapatkan perkhidmatan kepakaran kami untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bersifat motivasi rekreasi di tempat anda sendiri atau di mana-mana lokasi pilihan anda selain daripada Tapak Kem Kaki Bukit Larut, Taiping.

Sekiranya anda bercadang untuk menjalankan program di tempat anda sendiri contohnya seperti di bangunan universiti atau di sekolah, ianya pasti lebih jimat dan berbaloi kerana tidak memerlukan kos pengangkutan seperti bas untuk membawa peserta ke tapak kem kami.

Selain itu, pakej ini juga boleh dirancang tanpa bermalam walaupun program berlangsung selama
2 atau 3 hari berturut-turut. Peserta boleh diarahkan untuk tidur di rumah masing-masing setelah program selesai di hari pertama (mungkin di sebelah petang atau 10 malam) dan hadir semula ke tempat program di sebelah paginya. Dengan ini, bukan sahaja kos pengangkutan dapat dijimatkan, malah kos penginapan dan beberapa sesi makan minum juga dapat dikurangkan.

Pakej ini juga sesuai diguna pakai sekiranya anda mempunyai lokasi pilihan seperti di kawasan pantai, resort atau lokasi-lokasi tertentu selain daripada tempat anda sendiri. Pihak kami akan menggalas tugas dari segi modul aktivitinya sahaja. Penginapan, makan minum dan lain-lain perkara adalah tertakluk di bawah tanggungjawab penganjur.

Kami sedaya upaya akan menggarap modul motivasi berasaskan KEPIMPINAN | TEAM BUILDING | JATI DIRI menerusi aktiviti-aktiviti rekreasi yang bersesuaian dengan keadaan lokasi pilihan anda. Dan pastinya aktiviti yang disediakan tidak akan mengecewakan anda! 

CONTOH AKTIVITI YANG BOLEH DIJALANKAN :
 
Explorace : Misi Menuju Victory Tower  
Fun Team Building : Run the Ball
Pertandingan Memasang Khemah
Brain Dynamic Activities
Tali menali
Wilderness First Aider
Pelbagai slot ceramah dan aktiviti indoor berteraskan motivasi rekreasi

Selain daripada aktiviti-aktiviti yang dinyatakn di atas, terdapat beberapa aktiviti outdoor (sekiranya berminat) tetapi tambahan kos bayaran akan dikenakan.

No
AKTIVITI
HARGA/pax
1.
Abseilling di bangunan/tangki air
RM 30.00
2.
Orienteering
RM 15.00
3.
Masakan Pengembara
RM 10.00


APA YANG DISEDIAKAN DI BAWAH PAKEJ INI?
  • Modul aktiviti rekreasi 
  • Tenaga kerja program : Jurulatih|Fasilitator|Jurufoto
  • Alatan rekreasi indoor & outdoor
Info Penting : Pelanggan perlu menyediakan peti ubatan sendiri. TEAM ROZA hanya bertanggungjawab untuk aktiviti sahaja. Masa senggang, masa makan, solat dan lain-lain adalah di bawah pengendalian penganjur.

HARGA PAKEJ JURULATIH KE LOKASI ANDA

JANGKA MASA  SEHARI (8 JAM)
JUMLAH PESERTA
HARGA
PELAJAR SEKOLAH
IPT/BELIA
HARGA ASAL
RM 40/pax
RM 45/pax
Tidak melebihi 150 orang peserta

BEST PRICE
LUMPSUM RM 2500

BEST PRICE
LUMPSUM RM 3000
INFO PENTING
Sekiranya penyertaan peserta melebihi 150, program akan dipecahkan kepada beberapa siri. Setiap siri, bayarannya adalah seperti tertera di atas.

Kos minyak & tol TEAM ROZA perlu ditanggung oleh penganjur, bayaran berbeza mengikut lokasi.

Makan minum TEAM ROZA sepanjang program berlangsung adalah tertakluk di bawah penyediaan penganjur.


PROGRAM BERMALAM
JUMLAH PESERTA
HARGA
SEKOLAH
IPT/BELIA
Tidak melebihi 150 orang peserta
2H1M :
Lumpsum RM 3000

3H2M :
Lumpsum RM 3500
2H1M :
Lumpsum RM 3500

3H2M :
Lumpsum RM 4000
INFO PENTING
Sekiranya penyertaan peserta melebihi 150, program akan dipecahkan kepada beberapa siri. Setiap siri, bayarannya adalah seperti tertera di atas.

Kos minyak & tol TEAM ROZA perlu ditanggung oleh penganjur, bayaran berbeza mengikut lokasi.

Makan minum dan penginapan TEAM ROZA sepanjang program berlangsung adalah tertakluk di bawah penyediaan penganjur.

Kami mengalu-alukan permohonan daripada anda untuk mendapatkan sebut harga dan modul aktiviti bertujuan untuk rujukan.

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN!



AZZA : 017-5243297 atau azzaatikah@gmail.com
AIZAT : 017-5262077        


Info Penting : Tempahan berserta DEPOSIT sebanyak 30% sahaja yang akan dianggap SAH. Sekiranya deposit belum dibuat, tarikh cadangan daripada anda masih terbuka kepada pelanggan lain. Siapa cepat dia dapat.